H. I. D. S. – Perjanjian Persahabatan Pertama Tanah Melayu-Indonesia

17 April 1959 – Pada hari ini dalam tahun 1959, satu Perjanjian Persahabatan yang pertama sejak merdeka diantara Persekutuan Tanah Melayu dan Republik Indonesia telah dimeterai. Upacara tersebut telah berlangsung di Dewan Jemaah Menteri Persekutuan, Kuala Lumpur.

Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Perdana Menteri Tanah Melayu, Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Menteri Pelajaran, Encik Mohd Khir Johari dan Duta Besar Persekutuan Tanah Melayu di Indonesia. Turut menurunkan tandatangan ialah Dr Hi. Qjuanda Kartawidjaja, Perdana Menteri Republik Indonesia; Doktor Pryono, Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia.

Dalam perjanjian itu, kedua belah pihak bersetuju untuk saling menghormati kemerdekaan dan kedaulatan satu sama lain serta memelihara ikatan yang akan merapatkan rakyat kedua-dua negara. Kedua-dua negara juga menitikberatkan usaha-usaha ke arah kerjasama dan perundingan untuk perkembangan dan kegunaan kepakaran dalam bidang sains dan pelajaran.
Serta kerjasama erat dalam lapangan perhubungan konsul, perdagangan, perhubungan, hak-hak ekstradisi dan lain-lain untuk kepentingan bersama.

Dengan termeterainya perjanjian ini, maka bermulalah lembaran baru dalam sejarah dua negara dalam usaha menjalin hubungan diplomatik, demi keamanan serantau yang dikecapi sejak kemerdekaan negara.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen