H.I.D.S. – Peristiwa Malam Natal

pingat panglima gagah berani25 Disember 1972 – Pada hari ini, telah berlaku satu pertempuran hebat di antara Platun Harimau Batalion ke 9 Rejimen Askar Melayu Di Raja dengan segerombolan pengganas komunis di Jambusan, Bahagian Pertama, Sarawak. Dalam gerakan tersebut, sebanyak 4 orang anggota komunis telah mati dan beberapa orang lagi mendapat kecederaan.

Kejadian ini berlaku sebagai tindak balas kepada serang hendap yang dibuat oleh segerombolan pengganas komunis ke atas anggota pasukan keselamatan pada 20 Disember. Berikutan dengan peristiwa tersebut, anggota Platun Harimau telah ditugaskan bagi mengesan kumpulan pengganas itu yang dipercayai menuju ke kawasan tertentu di bahagian pertama.

Kejayaan gerakan ini sebenarnya bergantung kepada keberanian dan kebijaksanaan Sarjan Jantan b. Nyamat salah seorang anggota Platun Harimau yang banyak pengalaman di hutan. Sehubungan itu berlakulah tembak menembak yang menyebabkan 4 orang anggota komunis dan beberapa orang lagi cedera.

Peristiwa Malam Natal itu sesungguhnya memaparkan keberanian Sarjan Jantan yang membawa kepada penganugerahan Pingat Pahlawan Gagah Berani sebagai menghargai jasa yang dilakukannya.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen