H. I. D. S. – Perasmian Pelabuhan Tanjung Pelepas

tanjung_pelepas13 Mac 2000 – Pada hari ini dalam tahun 2000, Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor pelabuhan yang di bina dengan kos sebanyak RM 2.4 bilion ini telah diberikan status zon bebas cukai bertujuan untuk meningkatkan jumlah aktiviti perdagangan di sini.

Fasa pertama pembinaan pelabuhan ini melibatkan jarak sepanjang 2.16 kilometer dan diikuti dengan fasa-fasa pembangunan lain secara berperingkat-peringkat. Pelabuhan ini dilengkapi dengan segala kelengkapan bertaraf dunia dan mampu mengendalikan 3.8 juta TEUs setahun. Kawasan dermaganya seluas 600 meter serta kedalaman 15 meter itu telah membolehkan pelbagai kontena generasi baru beroperasi di pelabuhan ini.

Seluruh operasi pelabuhan di kendalikan dengan sistem kawalan pintu masuk yang berteknologi moden. Sesungguhnya perasmian pelabuhan Tanjung Pelepas pada tahun ini telah membuka satu lagi pintu masuk perdagangan luar negara ke negara ini.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen