Perasmian Kilang Proton, Tanjung Malim

perasmian proton tg malim26 Februari 2005 – Pada hari ini dalam tahun 2005, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah merasmikan kilang baru Perusahaan Otomobil Nasional Bhb (Proton) Tanjung Malim berharga RM1.8 billion, di Tanjung Malim, Perak. Kilang tersebut terletak di kawasan seluas 517 hektar merupakan lima kali lebih besar daripada kilang Proton di Shah Alam.

Kilang Proton di Tanjung Malim merupakan kilang automotif termoden di rantau ASEAN dan mampu mengeluarkan sejuta unit kereta setahun. Pasaran kenderaan penumpang di Malaysia merekodkan jualan melebihi 480,000 unit pada tahun 2004 dengan kira-kira 35 peratus dikuasai oleh Proton.

Sesungguhnya langkah Proton mengadakan kerjasama dengan beberapa syarikat telah membolehkan ia menguasai teknologi dalam industri dan telah berjaya meningkatkan prestasi serta kemampuan Proton untuk bersaing.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen