H. I. D. S. – Perasmian Jambatan Gantung Terpanjang Di Dunia

jambatan_gantung18 Mac 1997 – Pada hari ini dalam tahun 1997, YAB Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad merasmikan jambatan gantung terpanjang di dunia yang terletak di Taman Negara, Jerantut, Pahang. Jambatan gantung bernilai RM200,000 itu dibina oleh kakitangan jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan bermula pada tahun 1992.

Kabel besi yang digunakan oleh jambatan itu adalah seberat 10 tan dan mampu menanggung bebanan seberat lima tan. Jambatan itu mempunyai sembilan hentian yang setiap satunya terletak di pokok tualang, kelat, kerangi, keruing, mempelas dan mersawa. Jambatan gantung setinggi 40 dan dan 60 meter dari paras tanah itu dibuka kepada orang ramai pada setiap hari dengan bayaran sebanyak RM5 seorang.

Taman Negara yang merupakan hutan tropika tertua di dunia sekali lagi mencatatkan sejarah dengan adanya jambatan ini. Sesungguhnya dengan perasmian jambatan berkenaan, bermakna Taman Negara memiliki satu lagi tarikan pelancong selain hutan simpannya yang berusia 130 juta tahun.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen