H.I.D.S. – Penubuhan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)

perkeso01 Oktober 1971 – Pada hari ini dalam tahun 1971, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah di tubuhkan dibawah Kementerian Buruh dan Tenaga Manusia untuk melaksana dan mentadbir Skim-skim Keselamatan Sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, iaitu Skim Insuran Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat. Pada 1 Julai 1985, status PERKESO sebagai Jabatan Kerajaan telah diubah kepada sebuah Badan Berkanun.

Sejarah bermula pada tahun 1958, apabila kajian keselamatan sosial telah dijalankan oleh pakar dari Pertubuhan Buruh Antarabangsa (I.L.O) dan pada tahun 1962 sebuah jawatankuasa tertinggi dibentuk untuk mengkaji hasil kajian ini. Hasil daripada laporan kajian tersebut, telah menjadi asas kepada Akta Keselamatan Sosial yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam tahun 1969 dengan tujuan untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja-pekerja dan tangungan mereka.

Pada 1 Julai 1972 Akta Keselamatan Sosial 1969 dengan rasminya dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Haji Abdul Razak bin Hussein. Sesungguhnya penubuhan PERKESO pada hari ini telah memberi perlindungan keselamatan sosial yang sangat bermakna kepada pekerja-pekerja dan tanggungannya serta mempertingkatkan tahap kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara ini.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen