H. I. D. S. – Penubuhan Pergerakan Melayu Semenanjung Di Johor

03 Januari 1946 – Pada hari ini dalam tahun 1946, sebuah Kesatuan Melayu yang mempunyai semangat baru telah ditubuhkan dengan nama Pergerakan Melayu Semenangjung di Johor. Penubuhan ini hasil dari persetujuan yang telah dicapai di antara 8 buah Persatuan Melayu di seluruh negeri Johor iaitu di bawah pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar. Pertubuhan-pertubuhan tersebut termasuklah :-

· Persatuan Melayu Kluang
· Kesatuan Melayu Johor
· Persatuan Melayu Johor Bharu
· Lembaga
· Wakil Batu Pahat
· Persatuan Melayu Semangat
· Wakil Mersing
· Wakil Pontian

Tujuan penubuhan Pergerakan Melayu Semenanjung ialah untuk menggerakkan seluruh bangsa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dalam usaha menentang Malayan Union. Ekoran daripada itu, beberapa bulan kemudian, pergerakan tersebut telah menjadi asas kepada satu pertubuhan yang lebih besar yang dinamakan Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu atau yang lebih dengan nama UMNO.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen