H. I. D. S. – Penubuhan Pasukan Polis

25 Mac 1807 – Pada hari ini dalam tahun 1807, pasukan polis yang pertama telah ditubuhkan di Pulau Pinang. Pasukan ini adalah asas kepada penubuhan pasukan Polis Diraja Malaysia yang ada pada hari ini. Ketua Pasukan Polis yang pertama dilantik ialah Mr. James Carnegy. Pasukan ini dianggotai sepenuhnya oleh anak tempatan ini telah menjadi perintis kepada pasukan polis di negeri-negeri lain.

Negeri Melaka telah menubuhkan pasukan polisnya pada 1827. Kedua-dua pasukan ini kemudiannya bergabung menjadi Pasukan Polis Negeri-negeri Selat. Pada 2 Jun 1896, Pasukan Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan dan Kapten H.C Syers dilantik sebagai Ketua Pasukan. Ketika ini satu pentadbiran pusat telah diwujudkan. Manakala penubuhan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu mula ditubuhkan di negeri Johor pada 1882, Kedah dan Kelantan 1909 dan Terengganu 1914. Pasukan Polis Sarawak pada 1862 manakala Sabah pada 1882.

Seterusnya pada 1948 seluruh pasukan polis Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bergabung dan membentuk Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pengorbanan dan komitmen yang ditunjukkan pasukan polis amat berharga terutama ketika negara masih baru merdeka dan seterusnya mengekalkan kemakmuran dan keamanan tanah air tercinta hingga hari ini.

Sesungguhnya penubuhan pasukan polis kini mencapai usia 200 tahun, dan negara yang semakin matang di usia 50 tahun selepas kemerdekaan dicapai.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen