H.I.D.S. – Penubuhan Angkatan Tentera Laut Malaya (Malayan Naval Force)

tldm logo21 Disember 1948 – Pada hari ini dalam tahun 1948, Ordinance menubuhkan Angkatan Tentera Laut Malaya telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Singapura. Ordinance ini dibentangkan oleh Setiuasaha Tanah Jajahan Encik P.A.B Mc Kerron. Menurut beliau Angkatan Tentera Laut Malaya ini akan berusaha melatih seramai 750 orang anggota menjelang 1951 sebagai teras kepada angkatan ini.

Buat permulaannya Angkatan Tentera Laut akan dibiayai oleh Tabung Pertahanan Singapura. Ianya juga akan memohon bantuan daripada British Royal Navy terutama dalam bidang teknikal, peralatan, latihan dan menggunakan kapal British Royal Navy.

Penubuhan Angkatan Tentera Laut Malaya memang kena pada tempatnya di waktu dunia masih lagi bergolak selepas Perang Dunia Kedua, tambahan pula Malaya dan Singapura dikelilingi oleh lautan yang sudah pasti sentiasa terdedah pada musuh. Ianya juga memberi peluang golongan muda memasuki Angkatan Laut ini bukan sahaja untuk mempertahankan negara tetapi sebagai menunjukkan semangat patriolism.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen