H. I. D. S. – Pengisytiharan Majlis Perbandaran Port Dickson

seal_port_dickson

flag_port_dickson02 Februari 2002 – Pada hari ini dalam tahun 2002, Port Dickson diisytiharkan dengan rasminya sebagai Majlis Perbandaran Port Dickson. Majlis Perbandaran Port Dickson mempunyai kawasan seluas 140.32 km persegi yang terdiri daripada Mukin Jimah, Port Dickson, Si Rusa, Pasir Panjang dan Mukim Linggi. Kawasan ini dibahagikan kepada dua iaitu kawasan operasi seluas 35.87 km persegi dan kawasan kawalan seluas 104.45 km persegi.

Selain daripada pantai-pantainya yang terkenal Majlis Perbandaran Port Dickson juga meliputi beberapa bandar dan pekan yang terdiri daripada Port Dickson, Teluk Kemang, Pasir Panjang, Pengakalan Kempas, Linggi, Lukut, Chuah, Sungai Nipah dan Bukit Pelanduk. Majlis Pelancaran

Pengisytiharan Majlis Perbandaran Port Dickson disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad pada 3 Februari di Dataran Teluk Kemang.

Sesungguhnya pengisytiharan bermakna Port Dickson telah melangkah setapak lagi ke hadapan dalam usaha menuju kecemerlangan dalam bidang pembangunan ekonomi, pelancongan dan peningkatan taraf hidup warganya. Kenaikan taraf Port Dickson ini juga menjadikan Negeri Sembilan mempunyai tiga Majlis Perbandaran iaitu Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen