H.I.D.S. – Pengisytiharaan Perjanjian Taiping

Burhanuddin Hilmi
Burhanuddin Hilmi

12 August 1945 – Pada hari ini 12.8.1945, satu perjanjian telah diisytiharkan di Taiping, Perak. Perjanjian itu adalah di antara Dr. Burhanuddin Al Helmy dan Ibrahim Yaakub sebagai pemimpin-pemimpin KRIS, (kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung) dengan pemimpin-pemimpin Kebangsaan Indonesia, (Sukarno dan Mohd Hatta). Dr. Burhanuddin bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin politik Melayu dalam KMM telah meperjuangkan cita-cita kemerdekaan Tanah Melayu dan berusaha untuk mencapai kemerdekaan dalam longkungan Melayu Raya yang meliputi Indonesia dan Tanah Melayu. Oleh itu apabila pendudukan Jepun bermula, maka Jepun telah menyatukan pentadbiran Tanah Melayu dan Indonesia bagi memenuhi cita-cita mereka.

Pada hari ini pemimpin-pemimpin KRIS telah bertemu dengan Sukarno dan Mohd Hatta di Lapangan Terbang Taiping, Perak, iaitu dalam perjalanan pulang dari Markas Tentera Jepun Asia Tenggara di Saigon. Sehubungan itu satu persetujuan telah dicapai bahawa Tanah Melayu akan bersama-sama dengan Indonesia mengisytiharkan kemerdekaan pada 17 Ogos 1945. Bagaimanapun cita-cita ini gagal apabila pemerintah tentera Jepun di Tokyo mengisytiharkan bahawa mereka menyerah kalah pada 17 Ogos 1945.

Perjanjian Taiping pada hari ini dalam tahun 1945, gagal mencapai impiannya untuk membentuk ‘Melayu Raya’, kerana kekalahan tentera Jepun kepada pihak Inggeris. Walaubagaimanapun ia tetap mengisytiharkan kemerdekaannya pada 17.8.1945, dan Malaysia merdeka dalam pada 31.8.1957.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen