H. I. D. S. – Pengeran Shah Bandar Menyerahkan Padas Damit Kepada Syarikat Borneo Utara British (British North Borneo Company)

padas_damit02 Mac 1889 – Pada hari ini dalam tahun 1889, satu perjanjian telah ditandatangani di antara Raja Padas Damit iaitu Pengeran Shahbandar di satu pihak dan British North Borneo Company di satu pihak yang lain. Perjanjian ini bertujuan untuk mengakhiri perbalahan dan permusuhan di antara British North Borneo Company dan Pengeran Shahbandar.

Antara lain perjanjian tersebut mempersetujui bahawa Pengeran Shahbandar bersetuju menyerahkan kepada British North Borneo Company semua kawasan Padas Damit dan semua jajahan di bawah kuasanya termasuk Padas Klias.

Pengeran Shahbandar juga bersetuju menyerahkan semua kuasa keistimewaannya seperti kuasa memungut cukai dan juga menyerahkan semua dokumen mengenai Padas Damit dan Padas Klias.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen