H. I. D. S. – Pembukaan Rasmi Pusat Penyiaran Malaysia Angkasapuri

angkasapuri17 Februari 1968 – Pada hari ini dalam tahun 1968, Pusat Penyiaran Malaysia yang dinamakan Angkasapuri dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia, YTM Tunku Abdul Rahman Putra. Bangunan ini didirikan di atas kawasan seluas 33 ekar, mengadap ke Lebuhraya Persekutuan yang menghubungkan Kuala Lumpur Bangunan Pusat Penyiaran yang bernilai $35 juta ini diilhamkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra ketika beliau menjadi Menteri Penerangan dan Penyiaran.

Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada bulan Disember 1964 oleh sebuah firma Kanada N.J Pappas & Associates. Upacara perletakan batu asas bangunan ini disempurnakan pada 12 Disember 1966 oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra.

Sejarah perkembangannya bermula apabila Persatuan Wireless Tanah Melayu di Kuala Lumpur memulakan siarannya di Bukit Petaling pada tahun 1930. Sebelum pembukaan bangunan ini, Pusat Penyiaran negara ditempatkan di beberapa lokasi antaranya Bangunan Oriental, Jalan Tun Perak. Lokasi terakhir sebelum berpindah ke Angkasapuri, Pusat Penyiaran Negara ditempatkan di Rumah Persekutuan, Jalan Raja, Kuala Lumpur selama kira-kira 15 tahun.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen