H. I. D. S. – Pembukaan Rasmi Mahkamah Agung

26 Mac 1984 – Pada hari ini dalam tahun 1984, Mahkamah Agung telah dibuka dengan rasminya oleh DYMM Seri Paduka Baginda, Sultan Haji Ahmad Shah bertempat di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Dalam upacara tersebut baginda telah berkenan memeriksa perbarisan kehormat 107 anggota Batalion 11 Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai oleh Mejar Ismail Haniffah dengan diiringi 60 anggota Pancaragam Pusat Kor Kovalri Diraja.

Keberangkatan baginda ke dalam Mahkamah Agung diiringi oleh Pemangku Perdana Menteri – Datuk Musa Hitam, Ketua Hakim Negara – Tan Sri Haji Mohd Salleh Abas, Hakim Mahkamah Persekutuan – Tan Sri Wan Sulaiman Pawan Teh, Hakim Besar Malaya – Tan Sri Abdul Hamid Omar dan Hakim Besar Borneo – Tan Sri Lee Hun Hoe. Baginda turut berkenan melawat ke Dewan Penghakiman, bilik Tan Sri Abdul Kadir Yusof dan bilik Tan Sri Abdul Hamid Omar.

Dalam titah perasmiannya baginda berharap agar dengan pembinaan bangunan mahkamah baru dan pembaikan mahkamah lama, urusan pentadbiran kehakiman dan perbicaraan dapat dijalankan dalam keadaan yang lebih selesa dan sesuai. Mahkamah Agung melambangkan kemuncak bidang kehakiman di negara ini dan mempunyai kedudukan istimewa dalam Perlembagaan Malaysia. Mulai daripada 1 April 2007, Mahkamah Agung telah berpindah ke Jalan Duta secara berperingkat.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen