Pembentukan Kabinet Yang Pertama Selepas Merdeka

Logo Parti Perikatan
Logo Parti Perikatan

23 August 1959 – Pada hari ini dalam tahun 1959, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj pemimpin Kebangsaan Parti Perikatan iaitu Parti UMNO, MCA, MIC, telah membentuk kabinetnya yang pertama selepas Persekutuan Tanah Melayu merdeka. TYM Tunku telah mengangkat sumpah pada 22-08-1959 mengambil alih semula jawatan Perdana Menteri daripada Dato’ Abdul Razak bin Hussein yang telah menyandang jawatan itu semasa Tunku bercuti selama 3 bulan untuk menjalankan kempen pilihanraya.

Pembentukan kabinet Pertama ini adalah hasil kemenangan Parti Perikatan dalam pilihanraya 19 Ogos, 1959. Semua menteri dalam kabinet Persekutuan yang dibentuk pada tahun 1959 telah dilantik semula kecuali kolonel Sir H.S. Lee Menteri Kewangan kerana tidak bertanding sebagai calon dalam pilihanraya dan Encik Mohd Khir Johari yang bertanding di kawasan Kedah Tengah dimana kawasan ini telah ditangguhkan pilihanrayanya kepada 30 September, 1959. Seramai 11 orang ahli kabinet telah dilantik. Mereka ialah :-

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj, Perdana Menteri yang juga bertanggungjawab untuk kemajuan kampung-kampung yang pertama selepas Persekutuan mencapai kemerdekaan.

YTM Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj selaku Ketua Kabinet dan Perdana Menteri berikrar bahawa pimpinannya akan berusaha untuk :-

  • Memimpin rakyat Persekutuan Tanah Melayu ke arah membina satu bangsa yang tulen.
  • Menghimpun dan menggembelingkan segala usaha dan tenaga bagi memajukan negara ini dan menambahkan kemakmuran kawasan- kawasan kampung serta menghapuskan segala macam bentuk percubaan Parti Komunis Malaya yang hendak menggulingkan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, kerajaan pilihan rakyat.
  • Menjalankan ikhtiar supaya negeri-negeri di Asia Tenggara dapat bekerjasama dengan rapat dan dapat mencapai faedah bersama terutama dalam bidang ekonomi, sosial dan sains.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen