H. I. D. S. – Pelembagaan Negeri Kedah 1848 Dipinda

13 Januari 1957 – Negeri Kedah merupakan diantara negeri yang terawal di negara ini yang menerima campur tangan Inggeris ke atas Tanah Melayu. Campur tangan Ingeris telah membawa perubahan dalam pelbagai aspek, ini termasuklah berkaitan dengan pentadbiran negeri.

Pada hari ini 13 Januari 1957, di saat Tanah Melayu berada di ambang kemerdekaan Sultan Kedah, Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah meminda perlembagaan negeri Kedah tahun 1848. Pindaan ini, antara lainnya menghapus jawatan penasihat British yang diwujudkan di negeri Kedah melalui perjanjian Bangkok 1909. Perjanjian Bangkok ini, meletakkan negeri Kedah di bawah kekuasaan Inggeris.

Upacara meminda perlembagaan 1848 Kedah ini dijalankan di Istana Chegar, Anak Bukit, Alor Star, Kedah. Turut hadir pada majlis ini Raja Muda, Menteri Besar dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Kedah. Proses perubahan yang dijalankan sesuai dengan keadaan semasa negara, di mana Kemerdekaan Tanah Melayu akan diisytiharkan pada 31 Ogos 1957.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen