H.I.D.S. – Pelancaran Koperasi Rancangan-Rancangan Felcra

LOGO KPFB PNG27 Oktober 1984 – Pada hari ini 27.10.1984, Koperasi Rancangan-rancangan FELCRA telah dilancarkan dengan rasminya oleh Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah Dato’ Seri Mohd. Adib Adam. Koperasi itu bertujuan untuk membantu peneroka-peneroka rancangan FELCRA dan bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh petani.

Kewujudan Koperasi Rancangan FELCRA juga dapat meringankan bebanan peneroka terutama berkaitan dengan harga barangan keperluan harian dan juga dapat memberi bantuan pinjaman kewangan. Di samping itu koperasi tersebut turut mengambil bahagian dalam perniagaan dan perusahaan serta dapat membantu meninggikan lagi taraf sosio-ekonomi para peneroka FELCRA.

Menurut Datuk Seri Adib, usaha sebegini akan dapat membantu kerajaan dalam menjayakan matlamat dasar Pertanian Negara. Dengan pelancaran Koperasi Rancangan FELCRA pada hari ini dalam tahun 1984, telah dapat menjamin kebajikan dan kesejahteraan para peneroka serta berjaya menjadikan peneroka FELCRA sebagai peneroka yang cemerlang.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen