H.I.D.S. – Pelancaran Fama

fama30 September 1965 – Pada hari ini dalam tahun 1965, Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein, Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar melancarkan penubuhan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority) di Bilik Gerakan Pembangunan Negara, Kuala Lumpur.

Lembaga ini ditubuhkan di bawah kuatkuasa Undang-Undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965. FAMA ditubuhkan dengan tujuan untuk menyelia, menyelaras, mengawalselia dan memajukan pemasaran keluaran pertanian termasuk pengimportan dan pengeksportan.

Sesungguhnya, dengan pelancaran penubuhan FAMA pada hari ini dalam tahun 1965, telah dapat membantu melaksanakan pemasaran pertanian yang lebih berkesan dan sekaligus meningkatkan industri pertanian.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen