H.I.D.S. – Parti Kebangsaan Melayu Malaya Ditubuhkan

Burhanuddin Hilmi
Burhanuddin Hilmi

17 Oktober 1945 – Pada hari ini dalam tahun 1945, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah ditubuhkan. Parti ini lahir dari ruangan Jabatan Pengarang dan pentadbiran akhbar Suara Rakyat menjadikan ia parti politik Melayu yang pertama ditubuhkan selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

PKMM diasaskan oleh Mokhtaruddin Lasso. Datam pucuk pimpinan awal parti itu, beliau telah dilantik menjadi Yang Dipertua. Lain-lain anggota yang dilantik ialah:-Naib Yang Dipertua – Dr. Burhanuddin Hilmy, Setiausaha – Dahari AliBendahari – Arshad Ashaari Ahli Jawatankuasa – Ahmad Boestamam

Matlamat utama perjuangan PKMM ialah menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. PKMM juga berusaha mengatasi masalah orang Melayu di segi pelajaran, sosial dan ekonomi serta kebebasan mencetak dan bersuara.

Sebulan selepas kelahirannya, PKMM telah menubuhkan cawangannya di beberapa buah negeri iaitu di Pulau Pinang, Perlis, Selangor, Perak, Melaka dan Singapura. PKMM menyebarkan pengaruhnya melalui akhbar-akhbar hariannya iaitu Suara Rakyat, Pelita Malaya dan Semboyan Baharu dan terbitan bulanan iaitu majalah Berjuang dan “Voice of the People”.

Bagaimanapun pengaruh PKMM tidak kekal lama. Antara sebab utamanya ialah kemunculan UMNO, parti yang lebih diyakini oleh orang-orang Melayu untuk memperjuangkan nasib mereka. Sebab-sebab lain ialah penentangan PKMM terhadap UMNO dan Perjanjian Persekutuan 1948.

Perjuangan PKMM dianggap oleh Inggeris sebagai ‘berbau’ komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan.Akhirnya PKMM telah diharamkan oteh pihak berkuasa dan dengan itu tamatlah riwayat parti politik Melayu yang pertama selepas pendudukan Jepun itu.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen