H.I.D.S – Mat Kilau Menyerang Kuala Tembeling

Mat Kilau
Mat Kilau

14 Jun 1894 – Pada hari ini dalam tahun 1894, Mat Kilau Pahlawan Melayu Pahang yang tersohor yang juga anak kepada pahlawan Tok Gajah, telah menyerang pasukan tentera Inggeris di Kuala Tembeling. Serangan yang mendapat sokongan senjata dan tenaga daripada Terengganu dan Kelantan ini dilancarkan oleh Mat Kilau sebagai balasan kepada keengganannya untuk menyerah diri kepada pihak Inggeris.

Pada bulan Oktober 1892, Pentadbiran Inggeris di Pahang telah membuat pengumuman pengampunan beramai-ramai kepada pahlawan-pahlawan Melayu Pahang yang menentang Pentadbiran Inggeris. Serangan di Kuala Tembeling ini merupakan antara beberapa siri penentangan yang dilancarkan oleh Mat Kilau untuk menghapuskan penjajahan Inggeris. Mat Kilau dan pasukannya telah memperolehi kejayaan dalam serangan di Kuala Tembeling ini.

Sesungguhnya, semangat perjuangan pahlawan-pahlawan Melayu tulin ini telah membuahkan hasil dengan kejayaan penduduk Tanah Melayu membebaskan diri daripada belenggu penjajahan dengan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen