H. I. D. S. – Kemangkatan Raja Sir Chulan

raja_chulan10 April 1933 – Pada hari ini dalam tahun 1933, Raja Sir Chulan telah meninggal dunia. Kemangkatan baginda adalah merupakan satu kehilangan besar bagi rakyat negeri Perak dan Tanah Melayu.

Raja Sir Chulan dilahirkan pada tahun 1869 di Tanjung Brombang Krian, Perak. Baginda mendapat pendidikan dari Raffles Institution, Singapura dan Malacca High School. Dalam tahun 1886 dalam usia 17 tahun baginda telah bekerja di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Kuala Kangsar.

Baginda merupakan putera Melayu pertama yang menyertai perkhidmatan dalam Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Baginda juga merupakan Raja bukan memerintah yang pertama mendapat kurniaan ‘King’ dengan dua bintang kebesaran yang membawa gelaran ‘sir’.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen