H. I. D. S. – Kelahiran Y.A.B. Tun Hussein Onn

Tun Hussein Onn12 Februari 1922 – Pada hari ini dalam tahun 1922, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga, Y.A.B Tun Hussein Onn telah dilahirkan di Johor Bahru. Anak sulung kepada pengasas UMNO (United Malays National Organization), Dato` Onn bin Jaafar dan Datin Halimah binti Hussein telah memulakan pendidikan awalnya di Singapura dan Johor Bharu.

Pada tahun 1940, selepas menamatkan pelajaran di English College beliau telah berkhidmat dalam Angkatan Timbalan Setia Negeri Johor sebagai Kadet dan telah dipilih untuk mengikuti latihan ketenteraan secara intensif di Akademi Tentera India di Dehradun pada 1941. Sekembali ke tanah air pada 1945, beliau telah meninggalkan kariernya sebagai seorang pegawai tentera dan memilih untuk berkhidmat sebagai seorang Penjawat Awam.

Beliau merupakan salah seorang nadi penting di belakang DatoOnn Jaafar di dalam menentang gagasan Malayan Union. Pada tahun 1951, Tun Hussein telah melanjutkan pelajarannya ke Lincolns Inn, England dalam bidang perundangan dan telah tauliahkan sebagai peguambela dan peguamcara pada 1962.

Beliau telah kembali bergiat semula dalam arena politik bermula pada 1968 atas dorongan Tun Abdul Razak. Tun Hussein Onn telah dilantik secara rasmi sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga pada 14 Januari 1976 dan memegang jawatan tersebut hingga 17 Julai 1981.

Bapa Perpaduan Malaysia, ini telah kembali Rahmatullah pada tanggal 29 Mei 1990 dalam usia 68 tahun.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen