H. I. D. S. – Kebun Bunga Kuala Lumpur Di Rasmikan Oleh Sir Cecil Clementi

tasik_perdana13 Mei 1889 – Pada hari ini dalam tahun 1889, Kebun Bunga Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Cecil Clementi Smith. Pewujudan Kebun Bunga ini di diasaskan pada tahun 1889 apabila A . R . Venning dengan bantuan dari Kerajaan Negeri Selangor yang telah menyarankan agar diwujudkan sebuah “Botanic Garden” di Kuala Lumpur.

Selama sepuluh tahun A . R . Venning dengan bantuan dari kerajaan negeri Selangor berusaha membina sebuah kebun di kawasan seluas 70.1 hektar di lembah Sungai Bras-Bras. Di peringkat awal kewujudannya tokoh terkenal masyarakat Kantonis iaitu Tauke Chow Ah Yeok telah memberikan sumbangan sebanyak seratus pokok cempaka dan pokok limau oren untuk ditanam dikebun ini. Sebuah empangan telah dibina di Sungai Bras-Bras di kebun bunga ini untuk dijadikan sebuah tasik yang kemudiannya diberi nama Tasik Sydney.

Setelah mencapai kemerdekaan, banyak berlaku perubahan di mana kebun bunga ini bukan sahaja merupakan ‘botanic garden’ tetapi juga kawasan yang menjadi tumpuan ramai untuk bersiar-siar dan samping itu disediakan juga taman permainan kanak-kanak.

Pada tahun 1967, sebuah panggung yang diberi nama Panggung Aniverseri telah dibina di kawsan kebun bunga ini. Tujuan pembinaan panggung ini adalah untuk mengadakan pertunjukan pentas dan pertunjukan kebudayaan.

Pada 1 Februari 1968 kebun bunga ini telah ditukar namanya menjadi Taman Tasik Perdana oleh YAB Perdana Menteri Tun Abdul Razak dan pada 28 Jun 2011, ia mula dikenali sebagai Taman Botani Perdana.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen