H.I.D.S. – Kapal Selam Pertama Negara Secara Rasmi Dinamakan Kd Tunku Abdul Rahman

Scorpene_Tunku_Abdul_Rahman23 Oktober 2007 – Pada hari ini dalam tahun 2007 Kapal selam pertama negara, Scorpene secara rasmi dinamakan Kapal Diraja (KD) Tunku Abdul Rahman bagi mengenang jasa Perdana Menteri Malaysia pertama yang juga Bapa Kemerdekaan. Nama Tunku Abdul Rahman dipilih daripada sebanyak 801 cadangan nama daripada lebih 3,000 rakyat Malaysia yang menyertai pertandingan menamakan kapal selam tersebut sebelum ini.

Penamaan kapal selam buatan Perancis dan Sepanyol itu disempurnakan oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam satu majlis di Limbungan DCN Syipyard International (DCNS) di Cherbough, Perancis dengan melepaskan botol kristal mengandungi air Yasin pada kapal selam tersebut. Turut menyaksikan acara bersejarah itu ialah Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sesungguhnya kehadiran kapal selam itu merupakan era baru kepada Malaysia bukan sahaja dalam konteks untuk mempertahankan kedaulatan negara malah menjamin keselamatan serantau terutama di perairan Selat Melaka.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen