James Brooke Dilantik Sebagai ‘RAJAH Sarawak’

bendera sarawak24 September 1841 – Pada hari ini dalam tahun 1841, James Brooke telah diangkat menjadi pemerintah di Sarawak bergelar ‘Rajah Sarawak’ oleh Pangeran Muda Hashim, wakil Sultan Brunei di satu perhimpunan ramai di bandar Kuching, Sarawak. Pada hari itu juga Pengeran Muda Hashim telah memberikan kepada James Brooke satu perjanjian mengenai pertukaran pemerintahan Sarawak kepada James Brooke.

Antara lain surat itu menyatakan bahawa Pangeran Muda Hashim menyerahkan kepada James Brooke pemerintahan Sarawak serta jajahan takluknya, hasil cukainya serta segala tanggunggawab pada masa yang akan datang; James Brooke mengaku iaitu undang-undang dan adat istiadat orang Melayu di Sarawak hendaklah dihormati dan dipelahara selama-lamanya kerana negeri Sarawak itu adalah takluk Sultan Brunei, Pengeran Muda Hashim dan Raja-raja Melayu.

Dengan pelantikan James Brooke sebagal ‘Rajah Sarawak’ bererti tamatlah pentadbiran Pengeran Mahkota di Sarawak. Pengeran Mahkota Muhamad Salleh adalah seorang pembesar Brunei yang direstui oleh Sultan Omar Ali Salfuddin II memerintah di Sarawak. Beliau adalah orang yang mula-mula membuka bandar Sarawak yang kemudian dinamakan Kuching.

Pada masa Pengeran Mahkota Muhamad Salleh memerintah di Sarawak, ia telah bertindak keras dan zalim terhadap orang-orang Melayu, Bidayu dan Cina, yang diketuai oleh Datu Patinggi Ali. Apabila James Brooke menjadi ‘Rajah Sarawak’ beliau telah memecat Orang-orang Besar Brunei yang memegang jawatan kerajaan di Sarawak dan mengangkat ketua-ketua orang Melayu Sarawak memegang jawatan dalam kerajaan, iaitu Datu Patinggi Ali, Datu Temenggung Mersal, Datu Bandar Ranca, Muhammad Lana Ali, Abdul Ghafur dan Pangeran Matusin, yang menjadi tempat James Brooke mendapatkan nasihat mengenal pemerintahan Sarawak.

Oleh kerana James Brooke yang menjadi ‘Rajah Sarawak’ itu hanya bertaraf sebagal Gabenor dengan kuatkuasa surat Perjanjian yang telah diperbuat dengan Pangeran Muda Hashim, dan negeri Sarawak masih takluk di bawah kuasai Sultan Brunei, maka pada bulan Julai 1842, la telah pergi ke Brunei dengan tujuan hendak mendapat pengesahan daripada baginda Sultan Brunei mengenai kuasanya di Sarawak.

Di Brunei, Brooke telah berunding dengan Sultan Omar Ali Saifuddin. Hasil daripada rundingan itu pada bulan Ogos 1842, baginda telah membuat perjanjian dengan James Brooke, yang antara lain menyebutkan bahawa Sultan Brunei menyerahkan negeri Sarawak serta segala cukal hasil negeri kepada James Brooke, dan James Brooke hendaklah membayar kepada Sultan Brunei tiap-tiap tahun wang sebanyak $2500/=. Dengan itu maka James Brooke telah mula berkuasa di Sarawak dengan rasminya dan bermulalah sejarah moden negeri Sarawak.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen