H. I. D. S. – Haji Abdullah Fahim Meninggal Dunia

Tuan_Haji_Abdullah_Fahim28 April 1961 – Pada hari ini dalam tahun 1961, seorang ulama dan pemimpin besar tanahair Tuan Haji Abdullah Fahim iaitu datuk kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah kembali ke rahmatullah. Allahyarham yang dilahirkan pada tahun 1880 di Makkah merupakan tokoh ulama yang tidak dapat disangkal ketinggian ilmunya.

Syeikh Abdullah Fahim telah banyak memberi jasa dan sumbangan kepada perkembangan Islam dan politik di Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau merupakan ahli UMNO yang pertama di Seberang Perai. Dalam sejarah kemerdekaan negara, Sheikh Abdullah Fahim merupakan ulama yang telah menentukan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Tunku Abdul Rahman beranggapan bahawa beliau perlu berjumpa dengan Syeikh Abdullah Fahim yang pada pendapatnya mempunyai firasat dan kasyaf agar tarikh yang baik dapat dipilih bagi kemerdekaan Tanah Melayu. Di samping itu beliau juga telah mengambil bahagian yang cergas dalam perjuangan untuk memerdekakan Malaya dan membuat ramalan bahawa tahun 1957 adalah yang paling sesuai bagi Malaya mencapai kemerdekaan.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen