Calon Angkasawan Negara Terpilih Ke Rusia

04 September 2006 – Pada hari ini, dalam tahun 2006. Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mengumumkan Dr Sheikh Muszaphar Shukor serta Dr Faiz Khalled telah dipilih sebagai calon angkasawan Negara yang pertama ke Rusia. Majlis pengumuman keputusan itu, dibuat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA).

Program Angkasawan Negara ini adalah salah satu hubungan timbal balas antara Kerajaan Malaysia dan Rusia. Selepas pembelian Jet Pejuang Shukoi oleh Kerajaan Malaysia, Rusia telah menawarkan satu tempat untuk angkasawan Negara menyertai ekspedisi angkasawan Russia ke Sistem Angkasa Antarabangsa (ISS). Untuk tujuan itu dua orang calon akan dihantar untuk menjalani latihan professional di Rusia selama 12 bulan, Namun hanya seorang calon sahaja yang akan dipilih untuk ke ISS.

Calon yang terpilih akan berada selama enam hingga lapan hari di ISS, untuk melakukan penyelidikan dan kajian yang berkaitan dengan keperluan Negara kita. Pengumunan nama Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Faiz Khalled sebagai calon angkasawan Negara pada hari ini 4 September 2006, telah membuka ruang baru dalam bidang angkasa untuk diteruskan oleh generasi akan datang.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Tinggalkan Komen