Bunga Bangkai – Antara Bunga Terbesar Didunia

Pokok Bunga Bangkai
Pokok Bunga Bangkai

Pokok Bunga Bangkai atau nama botaninya (Amorphophallus titanum) merupakan tumbuhan dari famili (Araceae) tempatan di Sumatera, Indonesia, yang terkenal sebagai tumbuhan dengan bunga (majmuk) terbesar di dunia, meskipun catatan menyebutkan bahawa kerabatnya, A.gigas (juga tempatan di Sumatera) boleh menghasilkan bunga setinggi 5m.

Namanya berasal dari bunganya yang mengeluarkan bau seperti bangkai yang membusuk, yang bertujuan sebenarnya untuk menarik kumbang dan lalat bagi pendebungaan bunganya. Di alam tumbuhan ini hidup di kawasan hutan hujan basah. Bunga bangkai adalah bunga rasmi bagi Provinsi Bengkulu.

Tumbuhan ini memiliki dua fasa dalam kehidupannya yang muncul secara bergilir, fasa vegetatif dan fasa generatif. Pada fasa vegetatif muncul daun dan batang semunya. Tingginya dapat mencecah 6m. Setelah beberapa tahun, organ vegetatif ini layu dan umbinya dorman. Apabila makanan di umbi mencukupi dan kitarannya cukup, bunga majmuknya akan muncul. Apabila jumlah makanan kurang daunnya tumbuh kembali.

Bunganya sangat besar dan tinggi, yang dikelilingi oleh seludang bunga yang juga berukuran besar. Bunganya berumah satu dan <i>protogini</i>: bunga betina matang terlebih dahulu, lalu diikuti matangnya bunga jantan, sebagai mekanisme untuk mencegah pendebungaan diri.

Hingga tahun 2005, rekod bunga tertinggi dipegang oleh Kebun Raya Bonn, Jerman yang menghasilkan bunga setinggi 2,74m pada tahun 2003. Pada 20 Oktober 2005, mekar bunga dengan ketinggian 2,91m di Kebun Botani dan Hewan Wilhelma, Stuttgart, juga di Jerman. Namun demikian, Kebun Raya Cibodas, Indonesia mendakwa bahawa bunga yang mekar di sana mencapai ketinggian 3,17m pada tahun 2003.

Bunga akan mekar untuk sekitar seminggu, kemudian layu. Apabila buah terbentuk, akan terbentuk buah-buahan berwarna merah dengan biji pada bahagian bekas pangkal bunga. Biji benih ini dapat ditanam. Setelah bunga masak, seluruh bahagian generatif layu. Pada saat itu umbi mengempis dan dorman. Apabila mendapat cukup air, akan tumbuh tunas daun dan dimulailah fasa vegetatif kembali.

Bunga bangkai sekarang telah tersebar di berbagai tempat di penjuru dunia, terutama dimiliki oleh kebun botani atau penanam khusus. Di Amerika, bunga yang muncul seringkali diberi julukan atau nama tertentu dan selalu menarik perhatian banyak pengunjung. Uniknya banyak pengunjung datang untuk “menikmati bau”nya.

Video di bawah memaparkan kitar hidupnya bermula dari tunas hingga menghasilkan bunga.

Tinggalkan Komen